Shah Alam: Lelaki warga asing yang menyerang anggota polis menggunakan parang di Kepong pada Rabu lalu dipercayai mengalami masalah kesihatan mental sebelum insiden berkenaan berlaku.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, siasatan mendapati seorang kenalan suspek telah membuat laporan polis mendakwa lelaki itu berada dalam keadaan mental yang tidak stabil serta bertindak agresif di kediamannya.

Beliau berkata, susulan laporan itu, anggota polis bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Kementerian Kesihatan (KKM) bergegas ke lokasi kejadian.

"Berdasarkan maklumat yang diterima setakat ini, kami percaya suspek berada dalam keadaan mental yang tidak stabil ketika kejadian.