SHAH ALAM: Lelaki warga asing yang menyerang anggota polis dengan menggunakan parang di Kepong, Rabu lalu, dipercayai mengalami masalah kesihatan mental sebelum insiden itu berlaku.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar, berkata hasil siasatan mendapati seorang kenalan suspek membuat laporan polis mendakwa lelaki itu berada dalam keadaan mental tidak stabil dan bertindak agresif di kediamannya.

Susulan laporan itu, beliau berkata, anggota polis bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Kementerian Kesihatan (KKM) bergegas ke lokasi kejadian.

"Berdasarkan maklumat diterima, setakat ini, kami percaya suspek berada dalam keadaan mental tidak stabil ketika kejadian.