Miami: Sebuah kapal penumpang mewah abad ke-20 yang pernah membawa pemimpin diraja, bintang filem dan lukisan terkenal 'Mona Lisa' ke Amerika Syarikat (AS), ditenggelamkan pada Rabu untuk dijadikan terumbu tiruan terbesar di dunia.
Kapal SS United States sepanjang 990 kaki (302 meter) itu menjalani proses penenggelaman terkawal menerusi kemasukan air ke dalam badannya.
Kapal yang pernah melakukan lebih 800 pelayaran merentasi Lautan Atlantik pada 1950-an dan 1960-an itu bakal ditempatkan dasar berpasir Teluk Mexico, kira-kira 25 batu (40 kilometer) di barat daya Destin-Fort Walton Beach, Florida.
"Dua daripada injap sudah dibuka. Proses penenggelaman sudah bermula," kata seorang pegawai menerusi siaran langsung yang dikendalikan pihak bandar raya.






