PERTAHANAN Manchester United, Harry Maguire menyifatkan Michael Carrick akan sentiasa menjadi legenda selepas kelab itu mengambil keputusan memecat ketua jurulatih berkenaan pada Khamis.United kini terperosok di tangga ke-18 Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan hanya mengutip lapan mata daripada 10 perlawanan pertama sekali gus merekodkan permulaan musim domestik terburuk kelab dalam tempoh 40 tahun.Susulan perkembangan terbaharu itu, Mauricio Pochettino kini dilaporkan semakin hampir untuk mengambil alih tugas mengemudi pasukan di Old Trafford.Carrick dilepaskan daripada tugasnya berikutan prestasi hambar pasukan hanya beberapa bulan selepas menandatangani kontrak selama dua tahun pada musim panas lalu.Menurut laporan Manchester Evening News, beberapa pemain skuad utama tampil berkongsi mesej sokongan buat bekas pengendali mereka itu termasuk Maguire.Menerusi hantaran di laman Instagram, pemain pertahanan berusia 33 tahun berkenaan memuat naik foto dirinya bersama Carrick berserta kapsyen ringkas: "Sentiasa menjadi legenda. Hormat. Terima kasih."Maguire sebelum ini menjadi antara tonggak penting dalam perancangan Carrick apabila diturunkan dalam kesemua 10 perlawanan EPL United musim ini.Bagaimanapun, kegagalan Maguire dan rakan sepasukan untuk memulihkan prestasi pasukan memaksa pihak pengurusan tertinggi kelab bertindak melakukan perubahan.Dalam pada itu, United dilaporkan telah mencapai persetujuan secara prinsip untuk melantik Pochettino, namun belum ada sebarang pengesahan rasmi dibuat setakat ini.
Carrick akan sentiasa jadi legenda United - Maguire

Key takeaways
Harry Maguire menyifatkan Michael Carrick sebagai legenda Manchester United selepas beliau dipecat sebagai jurulatih kelab.
- Manchester United berada di tangga ke-18 Liga Perdana Inggeris dengan hanya lapan mata daripada 10 perlawanan.
- Maguire menyampaikan sokongan kepada Carrick melalui hantaran Instagram dengan mesej 'Sentiasa menjadi legenda.'
- Carrick dipecat selepas prestasi hambar pasukan walaupun menandatangani kontrak dua tahun pada musim panas lalu.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Berita Harian Carrick jangka akan kekal kendali United
- Berita Harian United pecat Carrick
- Malaysiakini (BM) Terperosok di zon penyingkiran, Manchester United pecat Michael Carrick
- Sinar Harian Carrick akan sentiasa jadi legenda United - Maguire (this story)








