BUTTERWORTH - Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat di atas pertuduhan membunuh lelaki warga emas yang juga pemandu teksi dalam kejadian Oktober lalu.Tertuduh, S Ganesan, 41 dituduh membunuh Haron Chua Abdullah, 73 antara jam 2 pagi hingga 4 pagi di Jalan Tun Hamdan Sheikh Tahir hingga Jalan Permatang Pak Elong, Kepala Batas pada 8 Oktober lalu.Oleh demikian, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak melebihi 40 tahun serta sebatan tidak kurang 12 kali, jika tidak dihukum mati.Tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Lim Zhan Yi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.Tiada jaminan ditawarkan terhadap tertuduh.Majistret Aini Adilah Muhammad Faizal kemudiannya menetapkan 18 Disember ini untuk laporan kimia dan patologi.Terdahulu media melaporkan, seorang pemancing terkejut menemui mayat seorang lelaki dalam keadaan tertiarap dan terapung di kawasan tali air dekat Kampung Permatang Pak Elong, di sini, Oktober lalu.Penemuan itu dimaklumkan kepada pihak polis sebelum Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dihubungi untuk membantu mengangkat mayat berkenaan.Mayat mayat dihantar ke Hospital Kepala Batas (HKB) untuk bedah siasat.
Penganggur dituduh bunuh pemandu teksi

Key takeaways
Seorang lelaki berusia 41 tahun didakwa membunuh seorang pemandu teksi berusia 73 tahun pada Oktober lalu.
- Tertuduh, S Ganesan, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
- Jika sabit kesalahan, dia boleh dihukum mati atau penjara 30 hingga 40 tahun.
- Kes akan disebut semula pada 18 Disember untuk laporan kimia dan patologi.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Berita Harian , Harian Metro
Story details
- Published
- By
- SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Sinar Harian Penganggur dituduh bunuh pemandu teksi (this story)
- Berita Harian Penganggur didakwa bunuh pemandu teksi
- Harian Metro Penganggur didakwa bunuh pemandu teksi
- Utusan Malaysia Penggangur didakwa bunuh pemandu teksi








