KUALA LUMPUR: Seorang pencuci kereta didakwa di Mahkamah Majistret di sini, atas tuduhan membunuh seorang pemandu lori dalam kemalangan di Jalan Kuching di sini, minggu lalu.
Tertuduh, Mohamad Imran Taj Maloor, 32, mengangguk faham selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret Faezahnoor Hassan.
Tiada sebarang pengakuan direkodkan dari tertuduh kerana kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa membunuh warga Indonesia, Yudi Hartono, 39, di Jalan Kuching dari arah pusat bandar menghala Segambut pada jam 4.44 pagi, 4 November lalu.









