KLANG – Seorang lelaki yang disiasat berhubung kes penyamaran sebagai Pengawal Peribadi Sulit (ADC) Raja Muda Selangor, bersama seorang wanita, sekali lagi didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas pertuduhan menipu dalam urusan pembelian kenderaan lelong bernilai RM40,000 pada April lalu.Al Zulfadly Alias, 40, mengaku bersalah atas pertuduhan itu, manakala Nurul Nur Syahirah Kamarudin, 37, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Siti Zubaidah Mahat.Mahkamah menetapkan 20 November ini untuk fakta kes dan hukuman terhadap Al Zulfadly.Mengikut pertuduhan, kedua-dua tertuduh dengan niat bersama didakwa memperdayakan seorang wanita berusia 43 tahun dengan mendakwa mereka berkeupayaan menguruskan pembelian sebuah kereta terpakai jenis Lexus RX350 yang kononnya diperoleh menerusi lelongan sempena Sidang Kemuncak ASEAN.Menerusi helah itu, mangsa terdorong menyerahkan wang berjumlah RM40,000 bagi pembelian kenderaan berkenaan di Taman Sri Andalas, pada jam 11.29 pagi, antara 13 hingga 14 April lalu.Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara antara satu hingga 10 tahun dan sebatan serta boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.Semasa prosiding, peguam, Shah Rizal Abdul Manan yang mewakili Nurul Nur Syahirah merayu supaya anak guamnya dikenakan ikat jamin minimum atas alasan wanita itu tidak bekerja dan ditanggung sepenuhnya oleh ibu bapanya."Dia masih bujang dan tidak bekerja. Dia turut dituduh dalam satu kes lain di Mahkamah Majistret Shah Alam dan dikenakan ikat jamin RM10,000."Dia mungkin berdepan beberapa kes lain di Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur. Maka, jika ikat jamin ditetapkan pada kadar tinggi, ia akan membebankan keluarga anak guam," katanya.Sementara itu, peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), G Tholasee yang mewakili Al Zulfadly turut memohon supaya anak guamnya dikenakan ikat jamin minimum."Dia juga seorang duda dan tidak mempunyai pekerjaan tetap," katanya.Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Uzzair Rosman memohon supaya kes berkenaan dipindahkan ke Mahkamah Majistret Shah Alam memandangkan kedua-dua tertuduh turut berdepan satu lagi kes membabitkan transaksi sama."Di Mahkamah Majistret Shah Alam, sebutan semula kes mereka ditetapkan pada 20 November ini."Saya cadangkan setiap tertuduh dikenakan ikat jamin RM30,000 dengan seorang penjamin," katanya.Selepas mendengar permohonan kedua-dua pihak, Siti Zubaidah membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin.Mahkamah turut menetapkan syarat tambahan supaya kedua-dua tertuduh melaporkan diri di balai polis berhampiran sekali setiap bulan.Selain itu, mahkamah membenarkan kes berkenaan dipindahkan ke Mahkamah Majistret Shah Alam untuk sebutan pada 20 November ini.Pada Khamis, mereka didakwa memperdayakan seorang lelaki berusia 48 tahun dengan mendakwa berkeupayaan menguruskan pembelian sebuah kenderaan terpak
Lelaki disiasat menyamar ADC Raja Muda Selangor mengaku tipu urusan jual Lexus lelong RM40,000

Key takeaways
Al Zulfadly Alias mengaku bersalah menipu mangsa RM40,000 untuk pembelian kereta Lexus RX350 lelongan, manakala Nurul Nur Syahirah Kamarudin mengaku tidak bersalah. Mahkamah menetapkan 20 November ini untuk fakta kes dan hukuman terhadap Al Zulfadly.
- Kedua-dua tertuduh didakwa memperdayakan mangsa dengan mendakwa mampu mengurus pembelian kereta Lexus RX350 lelongan.
- Mangsa menyerahkan wang RM40,000 di Taman Sri Andalas antara 13 hingga 14 April lalu.
- Peguam merayu ikat jamin minimum untuk Nurul Nur Syahirah kerana dia tidak bekerja dan ditanggung ibu bapa.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- NOOR AZLIDA ALIMIN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Lelaki menyamar juruiring Raja Muda mengaku bersalah
- Sinar Harian Lelaki disiasat menyamar ADC Raja Muda Selangor mengaku tipu urusan jual Lexus lelong RM40,000 (this story)








