KUALA LUMPUR: Kelewatan penghantaran pesawat susulan isu rantaian bekalan global memberi kesan kepada perancangan kapasiti dan pengembangan operasi Malaysia Aviation Group (MAG), sekali gus berisiko mengehadkan keupayaan syarikat memenuhi permintaan perjalanan yang semakin meningkat.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAG, Kapten Nasarudin A Bakar, berkata kelewatan berkenaan, termasuk membabitkan penghantaran pesawat daripada pengeluar, memberi kesan kepada perancangan perniagaan dan keupayaan syarikat melaksanakan operasi seperti dijadualkan.
"Syarikat penerbangan lazimnya menjual tiket antara tiga hingga enam bulan lebih awal berdasarkan unjuran kapasiti pesawat yang dijangka tersedia bagi sesuatu tempoh penerbangan.










%2Ffile%2Fattachments%2F885%2F7c985bf627606be1cd2920a9b62da61d_965671.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)