Pemain industri persoal sama ada sampel minyak diuji sebelum kapal membawa kargo berkenaan meninggalkan perairan Malaysia (Gambar EPA Images)PETALING JAYA: Dakwaan minyak sawit import dicampurkan dengan bekalan tempatan sebelum dieksport semula sebagai produk Malaysia, jika benar berlaku, boleh menjejaskan pengeksport tempatan serta nama baik industri sawit negara, kata pemain industri.
R Jeyenderan berkata, kargo minyak sawit yang dicampurkan dengan minyak import tanpa maklumat jelas mengenai asal usulnya berisiko gagal memenuhi syarat Kesatuan Eropah (EU).
Katanya, Peraturan Produk Bebas Penebangan Hutan EU (EUDR) mewajibkan minyak sawit yang memasuki pasaran itu dapat dikesan hingga ke kawasan ladang tempat ia dihasilkan.






