SHAH ALAM: Polis menumpaskan dua sindiket penipuan dalam talian yang masing-masing beroperasi di premis kediaman di Kajang dan Klang, dengan menahan 11 individu disyaki terbabit kes penipuan pelaburan dan 'love scam' yang menyasarkan mangsa di luar negara.
Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar, berkata kejayaan itu susulan dua serbuan berasingan pada 3 dan 10 November lalu di Sungai Long, Kajang, serta Taman Aman Perdana, Klang.
Beliau berkata, operasi berkenaan dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Selangor dengan bantuan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang dan Klang Utara.
"Pasukan menahan 11 individu membabitkan seorang lelaki tempatan, tujuh lelaki warga asing dan tiga wanita warga asing.










%2Ffile%2Fattachments%2F885%2F7c985bf627606be1cd2920a9b62da61d_965671.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)