Kuching: Tujuh sindiket penipuan dalam talian yang beroperasi menerusi pusat panggilan atau 'call centre' di Sarawak berjaya ditumpaskan dalam operasi bersepadu Ops Megpie 01/2026.
Menerusi operasi berkenaan, seramai 42 individu termasuk 28 warga asing ditahan polis.
Operasi yang dilaksanakan Bahagian Siasatan Operasi, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman dengan kerjasama JSJK Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak itu dijalankan dari 19 hingga 31 Oktober lalu.
Pesuruhjaya Polis Sarawak Komisioner Saifullizan Ishak berkata, tujuh serbuan berasingan dilakukan di Bintulu, Kuching, Padawan, Miri dan Sibu.









%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2Fanwar13_990325.png&w=480&output=webp&q=85&we)