Key takeaways
Pakatan Harapan (PH) Melaka mempergiat kempen media sosial menjelang hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada Sabtu ini. Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari, menyeru calon dan jentera menggunakan video pendek serta siaran langsung untuk menjelaskan aspirasi 'Melaka Rumah Kita' dan menggalakkan pengundi muda keluar mengundi lebih awal.
- Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan berlangsung pada Sabtu ini.
- Adly Zahari menyeru calon PH menggunakan media sosial untuk menjelaskan aspirasi 'Melaka Rumah Kita'.
- PH yakin pengundi muda akan keluar mengundi pada 14 haribulan ini berdasarkan pertemuan di lapangan.
Summarised automatically by AI from the original article by Harian Metro. AI can make mistakes, so check the original for details.
Melaka: Pakatan Harapan (PH) mempergiat kempen menerusi platform media sosial di saat akhir menjelang hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Sabtu ini.
Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari berkata, calon dan jentera PH menggunakan pendekatan kreatif termasuk menerusi penerbitan video pendek serta siaran langsung bagi menjelaskan tawaran aspirasi 'Melaka Rumah Kita.'
Katanya, selain itu, ia juga bagi menjawab persoalan dibangkitkan penduduk.
"Menjelang saat akhir kempen, Jabatan Pilihan Raya Pakatan Harapan menyeru semua calon dan jentera supaya mempergiat usaha menerusi media sosial bagi membolehkan lebih ramai penduduk mengenali calon di kawasan masing-masing.