Georgetown: Polis Pulau Pinang membongkarkan aktiviti penipuan dalam talian menerusi 14 serbuan di tiga daerah negeri ini dengan nilai keseluruhan rampasan dianggar berjumlah RM1.4 juta.
Menerusi serbuan dijalankan antara 9 hingga 29 Oktober itu, seramai 141 individu ditahan kerana dipercayai terbabit dalam aktiviti jenayah komersil.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Dennis Lim Kwang Keng berkata, sembilan individu yang ditahan berusia antara 18 hingga 48 tahun adalah warga tempatan manakala seramai 132 adalah warga asing yang mana 93 adalah warga China, Vietnam (29), Jepun (empat), Taiwan (tiga), Kemboja (dua) dan seorang Myanmar.
"Operasi ini membabitkan sebanyak enam serbuan di daerah Barat Daya, lima di Timur Laut dan tiga lagi di Seberang Perai Tengah.










