Gombak: Lelaki warga asing yang menetak pergelangan tangan kanan anggota polis di Desa Aman Puri, Kepong, di sini, petang semalam, dipercayai mengalami tekanan jiwa.

Suspek yang mendiami Pangsapuri Aman Dua, sejak lebih setahun lalu, dilaporkan sering membuat bising dan menjerit-jerit daripada kediamannya di tingkat dua, Blok B, pangsapuri berkenaan.

Seorang penghuni, Mohd Aidil Roslan, berkata suspek yang tinggal setingkat di bawah unit kediamannya sering menjerit-jerit selain kerap bertengkar dengan teman serumah.

"Dalam tempoh dua minggu ini kami (penduduk) sering mendengar dia bergaduh dengan rakan serumah.