Melaka: UMNO yakin kerjasama politik dengan PAS dan Perikatan Nasional (PN) dapat diperkukuh ke peringkat persekutuan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16 akan datang.

Setiausaha Agungnya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata kerjasama yang terjalin pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kali ini menunjukkan perkembangan lebih menyeluruh berbanding persefahaman di PRN Negeri Sembilan.

Malah, katanya kedua-dua gabungan kini turut menyelaraskan gerak kerja kempen menerusi penyatuan bilik gerakan serta penggemblengan jentera parti.

"Kali ini dalam PRN Melaka…kita bukan sahaja mencapai kerjasama dan persefahaman di kerusi-kerusi (DUN) yang bertindih tetapi dari segi jentera parti yang bekerja secara bersepadu.