Faenza: Liam Lawson dari New Zealand dan Arvid Lindblad dari Britain akan terus bersama Racing Bulls bagi saingan Formula Satu (F1) musim depan, umum pasukan milik Red Bull itu.

Pengumuman berkenaan sekali gus menamatkan spekulasi mengenai masa depan Lawson bersama pasukan itu selepas kedudukannya sebelum ini dilihat belum terjamin.

Prinsipal pasukan, Alan Permane berkata, gabungan pengalaman dan cita-cita tinggi kedua-dua pelumba itu menjadi faktor utama pemilihan barisan pemandu bagi musim depan.

"Saya tidak meragui bahawa ini adalah barisan pemandu terbaik untuk kami, dengan gabungan pengalaman dan cita-cita yang kuat," katanya dalam satu kenyataan.