PANTAI KUNDOR: Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyerahkan kepada kerajaan negeri untuk menentukan kedudukan dua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Kedah daripada parti itu.

Beliau berkata, keputusan berkaitan kedudukan EXCO adalah hak kerajaan negeri dan beliau tidak mahu mengulas lanjut.

Menurutnya, situasi sama berlaku di Kelantan, yang mana keputusan menggugurkan EXCO BERSATU sudah dibuat dan itu hak kerajaan negeri.

"Kalau mana-mana kerajaan negeri membuat keputusan, itu adalah hak mereka.