KUALA LUMPUR: Lebih 100 pemain golf menyertai program amal Pink Swing Charity Golf 2026 di Templer Park Country Club, Rawang dekat sini, sebagai tanda sokongan terhadap usaha meningkatkan kesedaran dan kepentingan pengesanan awal kanser payudara.

Pertandingan sulung itu menghimpunkan kapten industri, pemimpin korporat, golongan profesional dan komuniti golf bagi mengeratkan hubungan selain menyumbang kepada masyarakat sempena ulang tahun ke-40 Persatuan Kebajikan Kanser Payudara Malaysia (BCWA).

Hujan renyai pada sebelah pagi tidak mematahkan semangat peserta yang tetap bersemangat menyertai kejohanan itu, sekali gus menikmati pengalaman bermain golf yang diserikan dengan layanan eksklusif, peluang menjalin rangkaian serta pelbagai aktiviti istimewa sepanjang acara.