MELAKA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan segelintir pihak bahawa beliau atau kerajaan menderhaka kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berhubung isu pelaksanaan tahanan di rumah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berkata, pentadbirannya sentiasa menjunjung sistem raja berperlembagaan dan mematuhi proses undang-undang yang ditetapkan.Anwar berkata, keputusan berhubung tahanan di rumah bukan terletak di bawah bidang kuasa beliau sebagai Perdana Menteri, manakala tindakan Peguam Negara membawa perkara itu ke mahkamah selaras dengan tanggungjawab memelihara keluhuran undang-undang."Dia kata nak derhaka kepada Tuanku Agong. Saya Perdana Menteri, petang tadi Yang di-Pertuan Agong telefon saya. Hubungan baik."Tetapi, Yang di-Pertuan Agong tengok dah lama, empat tahun Datuk Seri Najib di penjara, nak beri tahanan rumah. Itu bukan kuasa saya, kuasa saya ikut hukum," kata beliau pada program "Ngopi Santai" bersempena dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16, di Ayer Molek, di sini malam ini.Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Selasa memerintahkan Najib menjalani baki hukuman penjara bagi kes SRC International menerusi kaedah tahanan rumah di kediamannya di Langgak Duta di ibu negara yang berkuat kuasa serta-merta.Dalam pada itu, Anwar berkata, pengurusan negara yang bebas daripada ketirisan dan amalan rasuah membolehkan kerajaan menyalurkan pelbagai bantuan terus kepada rakyat.Beliau berkata, hal ini termasuk peruntukan sebanyak RM16 bilion bagi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA), RM18 bilion bagi pelarasan gaji penjawat awam tahun ini, serta bantuan persekolahan RM200 untuk murid pada tahun hadapan.Pada program itu, Anwar turut menyeru pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Molek agar memberikan peluang kepada calon PH Muhammad Hakimin berkhidmat sebagai wakil rakyat di kawasan berkenaan pada hari pengundian PRN Melaka ke-16, Sabtu ini. - Bernama
Isu tahanan rumah Najib: Kerajaan ikut proses undang-undang, tidak derhaka - Anwar

Key takeaways
Perdana Menteri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan kerajaan menderhaka kepada Yang di-Pertuan Agong berhubung tahanan rumah Najib.
- Anwar menegaskan kerajaan mematuhi proses undang-undang dan sistem raja berperlembagaan.
- Tindakan Peguam Negara membawa kes ke mahkamah selaras dengan tanggungjawab memelihara keluhuran undang-undang.
- Mahkamah memerintahkan Najib menjalani baki hukuman penjara melalui tahanan rumah.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Malaysiakini (BM) Tahanan rumah Najib: KDN ikut nasihat AGC, kata Saifuddin
- Sinar Harian Isu tahanan rumah Najib: Kerajaan ikut proses undang-undang, tidak derhaka - Anwar (this story)







