SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim disenaraikan sebagai tokoh Muslim paling berpengaruh ke-13 dunia menerusi edisi 2027 buku The World's 500 Most Influential Muslims terbitan Royal Islamic Strategic Studies Centre (RISSC), Jordan.Nama Anwar tersenarai dalam kelompok 50 tokoh Muslim paling berpengaruh dunia yang diberikan kedudukan mengikut ranking berdasarkan pengaruh masing-masing terhadap masyarakat Islam dan dunia.Berdasarkan senarai yang diterbitkan, Anwar berada di belakang Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Mohamed Zayed Al-Nahyan yang menduduki tempat ke-12.Senarai berkenaan turut menampilkan beberapa pemimpin dunia Islam lain termasuk Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdul-Aziz Al-Saud dan Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed Salman, yang berada di kedudukan pertama.Turut berada dalam kelompok 10 teratas ialah Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif; Ketua Turus Tentera Pakistan, Field Marshal Asim Munir; Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan; Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Sayyid Mojtaba Khamenei; Raja Jordan, Raja Abdullah II; Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al-Thani serta beberapa tokoh agama Islam terkemuka.Sementara itu, Presiden Indonesia, Prabowo Subianto berada di kedudukan ke-16, manakala Perdana Menteri Malaysia itu menjadi antara pemimpin Asia Tenggara yang tersenarai dalam kelompok 50 berkenaan.Penerbitan edisi ke-18 itu menghimpunkan 500 tokoh Muslim dari seluruh dunia yang dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu 50 individu teratas yang disusun mengikut kedudukan dan 450 tokoh lain mengikut kategori pengaruh masing-masing.RISSC menjelaskan, penilaian pengaruh dibuat berdasarkan gabungan beberapa aspek termasuk impak sosial, pandangan masyarakat, penilaian pakar serta sumbangan jangka panjang individu berkenaan.Antara 13 kategori yang dinilai ialah kepimpinan politik, pentadbiran hal ehwal agama, ilmuwan, pendakwah dan pembimbing spiritual, kebajikan, isu sosial, perniagaan, sains dan teknologi, seni dan budaya serta media.
Anwar tokoh Muslim ke-13 paling berpengaruh di dunia

Key takeaways
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim disenaraikan sebagai tokoh Muslim paling berpengaruh ke-13 dunia dalam edisi 2027 buku The World's 500 Most Influential Muslims.
- Anwar disenaraikan dalam kumpulan 50 tokoh Muslim paling berpengaruh dunia.
- Beliau berada di belakang Presiden UAE Sheikh Mohamed Zayed Al-Nahyan yang menduduki tempat ke-12.
- Edisi ke-18 buku ini menghimpunkan 500 tokoh Muslim dari seluruh dunia.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Kosmo
Story details
- Published
- By
- NURUL HIDAYAH HAMID
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 6 sources, oldest first.
- Berita Harian Hong Kong destinasi mesra Muslim kedua dunia
- Malaysiakini (BM) Kemenangan senator muslim di AS bukti penolakan perkauman - Anwar
- Sinar Harian Anwar tokoh Muslim ke-13 paling berpengaruh di dunia (this story)







