London: Persekutuan Bolasepak Amerika Syarikat (USSF) mahu mendapatkan khidmat Pep Guardiola untuk membimbing pasukan kebangsaan negara itu bagi menggantikan Mauricio Pochettino, yang semakin hampir mencapai persetujuan untuk kembali ke England bagi mengendalikan Manchester United.

Sumber daripada The Athletic, melaporkan bahawa perbincangan dalaman USSF sedang mempertimbangkan Guardiola sebagai calon berpotensi sekiranya Pochettino meninggalkan jawatan pengendali pasukan kebangsaan Amerika Syarikat (AS) untuk mengemudi Manchester United.

Bagaimanapun, USSF juga menyedari bahawa usaha memujuk Guardiola untuk menerima tugas mengendalikan pasukan kebangsaan bukan mudah kerana beliau tidak bercadang untuk kembali memainkan peranan sebagai jurulatih dalam masa terdekat selepas meninggalkan Manchester City pada penghujung Mei 2026.