KUALA LUMPUR: Jenama barangan kemas tempatan, HABIB terus mengukuhkan kedudukannya dalam industri barangan kemas negara menerusi pembukaan rasmi bilik pameran baharu HABIB 118, di 118 Mall, Merdeka 118 di sini.
HABIB dalam kenyataan hari ini memaklumkan. pembukaan bilik pameran berkenaan menandakan satu lagi pencapaian penting bagi HABIB yang ditubuhkan pada 1958, sekali gus mencerminkan perkembangan jenama berkenaan seiring dengan kemajuan Malaysia.
Pengerusi Eksekutif Kumpulan HABIB, Datuk Seri Meer Habib, berkata pembukaan HABIB 118 turut membuka peluang kepada syarikat itu untuk memperkenalkan keunikan barangan kemas, budaya dan warisan tempatan kepada pengunjung antarabangsa.
"Kami ingin mengangkat nama Malaysia ke persada antarabangsa dengan mengetengahkan keindahan tradisi, seni pertukangan dan kreativiti tempatan.









