BANGI - Badan Peguam Malaysia berhak mengambil tindakan undang-undang untuk mencabar keputusan Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan berhubung kebenaran untuk bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjalani baki hukuman penjara menerusi tahanan di rumah.Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, tindakan itu terpulang kepada badan berkenaan sekiranya berpendapat mempunyai asas untuk mempersoalkan keputusan itu."… tapi saya selalu tekan bahawa bila bercakap tentang isu di bawah Perkara 42, ia adalah dipertimbangkan apa yang disebut sebagai the prerogative of mercy, yang kita tahu memang adalah antara kuasa-kuasa yang diberi secara penuh budi bicara kepada Yang di-Pertuan Agong di bawah Perkara 42, kuasa pengampunan."Jadi, itu terpulanglah kepada Badan Peguam tentang apa yang dia nak bawa... Kalau Badan Peguam merasakan mereka ada hak untuk mempersoal apa-apa isu, itu hak mereka," katanya.Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyerahan Sijil Kursus Pensijilan Profesional Pengantaraan dan Sijil Lantikan Pengantara serta Pelancaran Buku Panduan Pusat Mediasi MADANI, Jabatan Bantuan Guaman 2026 di sini.Hari ini, Jabatan Peguam Negara (AGC) membantah permohonan Badan Peguam Malaysia untuk mendapatkan kebenaran memulakan semakan kehakiman bagi mencabar keputusan Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan yang membenarkan Najib menjalani baki hukuman penjara dalam kes SRC International Sdn Bhd menerusi tahanan di rumah.Peguam Kanan Persekutuan Ahmad Hanir Hambaly@Arwi memaklumkan Hakim Mahkamah Tinggi S. Indra Nehru hari ini, bahawa AGC menerima permohonan Badan Peguam menerusi e-mel dua hari lepas dan memerlukan masa untuk menelitinya sebelum memfailkan hujahan bertulis.Sementara itu, peguam Muhammad Farhan Muhammad Shafee yang mewakili Najib memaklumkan mahkamah bahawa anak guamnya juga berhasrat memfailkan hujahan bertulis kerana sebarang keputusan mahkamah selepas kebenaran diberikan boleh menjejaskan pelaksanaan tahanan rumah terhadap Najib.Peguam Zainur Zakaria yang mewakili Badan Peguam tidak membantah permohonan AGC dan peguam Najib untuk diberikan masa bagi memfailkan hujahan bertulis masing-masing.Hakim Indra Nehru menetapkan 17 Mac tahun depan untuk mendengar permohonan itu dan mengarahkan kedua-dua pihak memfailkan hujahan bertulis masing-masing selewat-lewatnya pada 14 Dis ini manakala hujahan balas perlu difailkan sebelum atau pada 28 Dis.Pada 10 November lepas, Badan Peguam memfailkan tindakan undang-undang baharu bagi mencabar keputusan Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan yang membenarkan Najib menjalani baki hukuman penjara dalam kes SRC International menerusi tahanan di rumah.Badan Peguam menamakan Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Ketua Pengarah Penjara dan Najib sebagai responden. - Bernama
Badan Peguam berhak cabar keputusan Lembaga Pengampunan sekiranya punyai asas - Azalina

Key takeaways
Badan Peguam Malaysia boleh mencabar keputusan Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan tentang baki hukuman Najib, namun keputusan akhir bergantung kepada Badan Peguam.
- Badan Peguam boleh mempersoalkan keputusan Lembaga Pengampunan.
- Jabatan Peguam Negara menunggu keputusan Badan Peguam sebelum memfailkan hujahan.
- Peguam Najib bersedia memfailkan hujahan bertulis selepas kebenaran.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Malaysiakini (BM)
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia AGC bantah permohonan Badan Peguam cabar tahanan rumah Najib
- Malaysiakini (BM) AGC bantah semakan kehakiman Badan Peguam cabar tahanan rumah Najib
- Sinar Harian Badan Peguam berhak cabar keputusan Lembaga Pengampunan sekiranya punyai asas - Azalina (this story)








