KULAI – Sebuah stor bersebelahan asrama pekerja yang dipercayai dijadikan lokasi penyimpanan minuman keras dan rokok seludup terbongkar selepas diserbu Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua, di sini, pada Selasa.Serbuan menerusi Op Taring Landai kira-kira jam 5 petang itu membawa kepada penahanan seorang lelaki warga asing yang berada di dalam premis berkenaan.Komander PPM Wilayah Dua, Asisten Komisioner Noor Azman Jamal berkata, operasi oleh Unit Risik PPM Wilayah Dua, Tampoi itu dijalankan hasil maklumat awam berhubung kegiatan penyimpanan barangan kontraban di daerah ini.Menurutnya, pemeriksaan di dalam stor berkenaan menemukan 12,074 tin minuman keras pelbagai jenama, 526 botol wain putih serta 896 karton rokok pelbagai jenis."Keseluruhan rampasan minuman keras dianggarkan bernilai RM451,947.94, manakala rokok pula bernilai RM218,624."Jumlah keseluruhan rampasan dianggarkan RM670,571.94," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Beliau berkata, pemeriksaan terhadap suspek turut mendapati pasport miliknya sudah mempunyai cop keluar dari Malaysia.Susulan itu, lelaki terbabit ditahan, manakala semua barangan rampasan serta dokumen perjalanan diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai untuk tindakan lanjut.Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 dan Peraturan 39(b) Akta Imigresen 1959/63.Noor Azman berkata, PPM Wilayah Dua akan terus mempergiat usaha membanteras kegiatan penyeludupan barangan tidak bercukai bagi mengelakkan ketirisan hasil negara.Beliau turut menggesa orang ramai supaya menyalurkan maklumat berkaitan sebarang aktiviti menyalahi undang-undang demi menjaga keselamatan dan ketenteraman awam.
Sorok arak, rokok seludup RM670,571 dalam stor sebelah asrama

Key takeaways
Sebuah stor bersebelahan asrama di Kulai ditemui menyimpan arak dan rokok seludup bernilai RM670,571 selepas diserbu polis.
- Polis menemui 12,074 tin arak, 526 botol wain dan 896 karton rokok dalam stor.
- Keseluruhan rampasan bernilai RM670,571.
- Suspek warga asing ditemui mempunyai pasport dengan cop keluar dari Malaysia.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Kosmo
Story details
- Published
- By
- NOR AZURA MD AMIN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Kandang kambing jadi stor simpan rokok seludup
- Free Malaysia Today Kastam rampas etomidate, rokok dan arak lebih RM1 juta
- Utusan Malaysia Kastam rampas rokok, arak seludup RM2.5 juta
- Sinar Harian Sorok arak, rokok seludup RM670,571 dalam stor sebelah asrama (this story)








