Pengarah Kastam Pahang Mohd Asri Seman berkata pihaknya menyita pelbagai komoditi bernilai keseluruhan RM16.97 juta termasuk duti dan cukai bagi tempoh Januari hingga pertengahan Oktober tahun ini. (Gambar Bernama)KUANTAN: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pahang menggagalkan penyeludupan serbuk disyaki etomidate, rokok dan minuman keras tidak berkastam menerusi serbuan berasingan di Selangor dan Pulau Pinang, dengan nilai keseluruhan rampasan termasuk duti dan cukai berjumlah lebih RM1 juta.

Pengarah Kastam Pahang, Mohd Asri Seman, berkata rampasan terbesar membabitkan 5.13kg serbuk putih disyaki etomidate itu dianggarkan bernilai RM769,500 yang ditemukan di dalam bungkusan di sebuah premis pusat penghantaran barangan di Shah Alam, Selangor pada 3 Sept lalu.