JOHOR BAHRU – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi diminta melihat semula pendirian UMNO berhubung isu institusi Raja-Raja Melayu sebelum menegur pihak lain berkaitan perkara sama.Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Johor, Faezuddin Puad berkata, terdapat isu membabitkan institusi diraja di Negeri Sembilan yang menurutnya perlu turut diberi perhatian kepimpinan UMNO.Beliau merujuk kepada tindakan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Ismail Lasim yang didakwa menandatangani proklamasi penurunan takhta Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.Menurutnya, perkara itu menimbulkan persoalan mengapa Onn Hafiz tidak mengeluarkan kritikan sama ketika isu berkenaan berlaku.Faezuddin turut mendakwa Tuanku Muhriz pernah menyatakan kemurkaan terhadap Ismail secara terbuka ketika bertitah di Masjid Kariah Beting, Juasseh.Beliau memetik titah baginda yang dilaporkan berbunyi, "Selagi dia tidak tarik balik apa yang dia kata, jangan datang jumpa saya."Malah, katanya, Ismail sehingga kini masih belum mendapat perkenan Tuanku Muhriz untuk mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).Faezuddin berkata, pendirian mempertahankan institusi Raja seharusnya konsisten dan tidak hanya dibangkitkan apabila melibatkan pihak tertentu."Kalau benar mahu mempertahankan institusi Raja, mulakan dengan parti sendiri."Jangan sampai kesetiaan kepada Raja dijadikan modal politik, sedangkan prinsipnya berubah apabila terkena batang hidung sendiri," katanya menerusi kenyataan di Facebook.Beliau turut menggunakan peribahasa 'Gajah di depan mata tak nampak, kuman di seberang laut nampak' bagi menggambarkan apa yang disifatkannya sebagai ketidakselarasan pendirian dalam isu berkenaan.Kenyataan itu dipercayai merujuk kepada pendirian Onn Hafiz sebelum ini mempertahankan kuasa pengampunan Yang di-Pertuan Agong susulan polemik pelaksanaan tahanan rumah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.Onn Hafiz menjelaskan sebarang persoalan atau kekeliruan berhubung pelaksanaan perintah pengampunan bersyarat perlu dirujuk kepada kerajaan dan pihak bertanggungjawab, bukannya menjadikan Istana sebagai sasaran pertikaian politik.Ujar Pengerusi UMNO Johor itu lagi, sekiranyq terdapat kekeliruan pimpinan DAP, Parti Amanah Negara (Amanah) dan Majlis Peguam sepatutnya penjelasan perlu diperoleh daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
AMK Johor persoal Onn Hafiz, minta UMNO cermin pendirian isu Raja Melayu

Key takeaways
AMK Johor mempersoalkan pendirian UMNO mengenai isu Raja Melayu dan meminta Onn Hafiz melihat semula pendirian parti tersebut.
- Faezuddin Puad menuduh UMNO tidak konsisten dalam mempertahankan institusi diraja.
- Isu Negeri Sembilan melibatkan tindakan Ismail Lasim yang tidak mendapat perkenan Tuanku Muhriz.
- Onn Hafiz tidak mengeluarkan kritikan terhadap isu yang melibatkan Negeri Sembilan.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- NOR AZURA MD AMIN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Berita Harian UMNO Johor gesa tahanan rumah Najib disegerakan
- Utusan Malaysia Pemuda UMNO Johor desak Peguam Negara letak jawatan
- Sinar Harian AMK Johor persoal Onn Hafiz, minta UMNO cermin pendirian isu Raja Melayu (this story)








