Bagan Datuk: Sebuah lori membawa muatan pelbagai jenis ikan bersaiz kecil terbabas di bahu jalan berhampiran Kampung Kota, Hutan Melintang di sini menghala ke Sabak Bernam, Selangor, petang semalam.
Kejadian itu yang berlaku di KM29 Jalan Feri, Hutan Melintang, di sini kira-kira jam 6.40 petang itu menyebabkan muatan ikan dibawa lori berkenaan bertaburan di atas jalan raya.
Ketua Polis Daerah Bagan Datuk, Superintendan Mohammad Ali Mohd Jali, berkata pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian jam 8.55 malam tadi, dengan lori jenis Isuzu terbabit dipercayai terbabas sendiri.
Katanya, siasatan mendapati lori membawa muatan anak ikan berkenaan terbabas disebabkan mengalami masalah teknikal tayar belakang kiri tercabut hingga terbabas ke bahu jalan.









%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2Fmustaphashobri1_583636.png&w=480&output=webp&q=85&we)
