KUALA LUMPUR – Jabatan Peguam Negara (AGC) membantah permohonan kebenaran semakan kehakiman yang difailkan Badan Peguam Malaysia bagi mencabar keputusan berkaitan perintah tahanan rumah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.Bagaimanapun, semasa prosiding, AGC memberitahu, lanjutan masa diperlukan bagi mengemukakan hujahan bertulis untuk menyokong bantahan berkenaan di Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis.Peguam Kanan Persekutuan, Ahmad Hanir Hambali @ Arwi mengesahkan baru menerima permohonan daripada Badan itu selaku pemohon, menerusi e-mel dua hari lalu dan perlu meneliti kandungannya sebelum menyediakan bantahan.Beliau berkata, pendirian AGC berhubung keputusan yang dipertikaikan itu berkaitan kuasa Yang di-Pertuan Agong dalam Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya dan tidak boleh dicabar melalui prosiding kehakiman."AGC membantah permohonan kebenaran ini kerana keputusan yang dipertikaikan berkaitan keputusan Agong dalam Lembaga Pengampunan, termasuk mempengerusikan mesyuarat lembaga berkenaan, yang tidak boleh diadili oleh mahkamah," katanya ketika prosiding di hadapan Hakim, S Indra Nehru.Sementara itu, peguam, Muhammad Farhan Muhammad Shafee yang mewakili Najib turut memohon lanjutan masa untuk mengemukakan hujahan bertulis.Sementara itu, peguam Muhammad Farhan Muhammad Shafee menyatakan, pihaknya memohon mengemukakan penghujahan atas alasan sebarang keputusan mahkamah kelak akan memberi kesan kepada pelaksanaan tahanan rumah yang sedang dijalani oleh Najib.Terdahulu, peguam, Zainur Zakaria yang mewakili pemohon berkata, pihaknya tidak membantah permohonan AGC dan peguam Najib untuk mendapatkan tambahan masa bagi memfailkan hujahan bertulis.Selepas mendengar permohonan kedua-dua pihak, Indra Nehru menetapkan 17 Mac tahun depan untuk pendengaran permohonan berkenaan.Hakim turut menetapkan kedua-dua pihak mengemukakan hujahan bertulis masing-masing, selewat-lewatnya 14 Disember depan, manakala hujahan balasan perlu difailkan pada 28 Disember.Pada 10 November lalu, Badan Peguam Malaysia memfailkan permohonan semakan kehakiman bagi mencabar keputusan berkaitan perintah tahanan rumah yang membolehkan Najib menjalani baki hukuman penjara di kediamannya di Langgak Duta.Permohonan itu menamakan Lembaga Pengampunan itu sebagai responden pertama, diikuti Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Komisioner Jeneral Penjara Malaysia serta Najib selaku responden kedua hingga keempat.Pada 28 Julai 2020, Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadap Najib selepas didapati bersalah atas tiga pertuduhan pecah amanah, tiga pengubahan wang haram serta satu salah guna kedudukan membabitkan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.Najib mula menjalani hukuman di Penjara Kajang pada 23 Ogos 2022 sebelum mengemukakan petisyen pengampunan kepada Yang di-Pertuan Agong pada 2 September tahun sama.Pada 2 Februari 2024, Lembaga Peng
AGC bantah Badan Peguam mahu cabar tahanan rumah Najib

Key takeaways
AGC membantah permohonan Badan Peguam untuk mencabar tahanan rumah Najib dan memerlukan masa untuk hujahan bertulis.
- AGC membantah permohonan kebenaran semakan kehakiman daripada Badan Peguam.
- AGC menyatakan keputusan berkaitan kuasa Yang di-Pertuan Agong tidak boleh dicabar melalui mahkamah.
- Peguam Najib memohon lanjutan masa untuk hujahan bertulis.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Malaysiakini (BM) , Utusan Malaysia , Kosmo , Harian Metro , Berita Harian
Story details
- Published
- By
- NOOR AZLIDA ALIMIN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 6 sources, oldest first.
- Sinar Harian AGC bantah Badan Peguam mahu cabar tahanan rumah Najib (this story)
- Utusan Malaysia AGC bantah permohonan Badan Peguam cabar tahanan rumah Najib
- Malaysiakini (BM) AGC bantah semakan kehakiman Badan Peguam cabar tahanan rumah Najib





