Mumbai: Ia mungkin kedengaran seperti jalan cerita filem thriller Bollywood, namun beberapa insiden tembakan dan ugutan pemerasan wang yang menyasarkan bintang filem Mumbai menyebabkan industri perfileman India itu meningkatkan kawalan keselamatan, sekali gus menghidupkan kembali kenangan pengaruh gangster terhadap dunia perfileman pada 1990-an.
Insiden tembakan dan tuntutan wang itu mencetuskan kebimbangan dalam industri berkenaan, beberapa dekad selepas tindakan keras polis melemahkan kumpulan jenayah yang pernah mempunyai pengaruh besar dalam perniagaan perfileman bernilai berbilion dolar itu.
Polis mengaitkan keganasan terbaharu itu dengan kumpulan Lawrence Bishnoi, seorang gangster India yang pernah disabitkan kesalahan dan didakwa pendakwa raya Amerika Syarikat (AS) mengendalikan rangkaian jenayah global dari dalam penjara.








%2Ffile%2Fattachments%2F885%2F68c1c295bf743080e0859372597feeb0_974048.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)

