Baru seminggu menjejakkan kaki ke Malaysia untuk mencari pekerjaan, seorang graduan warga Indonesia sanggup mempertaruhkan masa depannya apabila bersetuju menerima upah RM6,000 untuk menjadi keldai dadah.
Key takeaways
Seorang graduan Indonesia berusia 20-an ditangkap di Port Dickson kerana membawa 5.098 kg syabu dalam bagasi yang diubah suai, selepas menerima tawaran RM6,000 untuk menjadi keldai dadah.
- Suspek berpendidikan Ilmu Pengetahuan Islam dan Arab di Aceh.
- Bagasi mengandungi 5.098 kg syabu dan 4.14 kg dadah tambahan ditemui di Kuala Lumpur.
- Tawaran RM6,000 setahun diberikan oleh lelaki senegara yang diburu polis.
Summarised automatically by AI from the original article by Kosmo. AI can make mistakes, so check the original for details.
SEREMBAN – Baru seminggu menjejakkan kaki ke Malaysia untuk mencari pekerjaan, seorang graduan warga Indonesia sanggup mempertaruhkan masa depannya apabila bersetuju menerima upah RM6,000 untuk menjadi keldai dadah.
Namun, percubaan pertama lelaki berusia dalam lingkungan 20-an menyeludup syabu ke Indonesia tidak kesampaian apabila ditahan ketika membawa bagasi berwarna hitam yang diubah suai di Terminal Pelepasan Jeti Penumpang Port Dickson pada pukul 9.45 pagi, Rabu lalu.
Pemeriksaan terhadap bagasi itu menemukan 5.098 kilogram (kg) syabu yang disembunyikan dalam ruang khas sebelum polis menyerbu sebuah kondominium di Bandar Sri Permaisuri, Cheras, Kuala Lumpur yang membawa kepada penemuan 4.14 kg lagi dadah jenis sama.