SHAH ALAM - Polis Diraja Malaysia (PDRM) disaran memperluaskan perolehan senjata kurang membawa maut atau non-lethal weapon bagi meningkatkan keupayaan anggota ketika berdepan situasi berisiko di lapangan.Penganalisis pertahanan, Zaki Salleh berkata, penggunaan pistol perenjat elektrik misalnya sebagai alternatif untuk mengawal individu agresif atau suspek yang memberikan tentangan fizikal.Menurut beliau, tidak dinafikan PDRM telah lama menggunakan taser gun, namun jumlahnya dipercayai terhad dan perolehan terhadap alat itu mesti ditambah."Alat ini mampu melumpuhkan sementara individu agresif melalui impuls elektrik."Ia juga membantu mengawal suspek yang memberikan tentangan fizikal pada jarak dekat antara tujuh hingga 11 meter tanpa terus menggunakan senjata api."Isu kos yang dikatakan mahal termasuk penyelenggaraan bateri taser gun tidak patut dijadikan halangan oleh pihak pengurusan PDRM jika menyebut tentang kekangan perolehan," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.Selain penggunaan taser gun, Zaki berpendapat pepper spray dengan pelbagai pilihan saiz yang praktikal dan mudah dibawa ke mana sahaja serta senjata penyembur oleoresin capsicum perlu menjadi antara kelengkapan tambahan kepada anggota polis sewaktu rondaan.Menurutnya, kandungan aktif dalam oleoresin capsicum mampu menyebabkan kerengsaan teruk pada mata, kesukaran bernafas sementara dan rasa pedih pada kulit, sekali gus membolehkan tangkapan dilakukan dengan lebih selamat.Selain itu, beliau menyarankan agar pasukan polis peronda menggunakan pelindung lengan bawah dan siku terutamanya dalam operasi kawalan rusuhan serta pengurusan ketenteraman awam."Peralatan perlindungan ini bertujuan melindungi anggota daripada kecederaan akibat hentakan objek tumpul atau apa-apa peralatan yang dibaling semasa serangan terjadi."Kesemua peralatan ini boleh membantu anggota menangani individu agresif dalam situasi tertentu tanpa perlu terus menggunakan senjata api," ujarnya.Dalam pada itu, Zaki berpandangan, penggunaan senjata kurang membawa maut yang dimaksudkannya tetap mempunyai risiko kecederaan dan perlu tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) serta tahap ancaman.Pada hemat beliau, perolehan aset sedemikian perlu disertai dengan latihan penggunaan, kaedah pengendalian selamat dan pemahaman mengenai prosedur undang-undang.
Tambah non-lethal weapon berdepan situasi berisiko

Key takeaways
PDRM disarankan memperluas penggunaan senjata kurang membawa maut untuk meningkatkan keupayaan anggota dalam situasi berisiko.
- Zaki Salleh menyokong penggunaan taser gun sebagai alternatif untuk mengawal individu agresif.
- Pepper spray dan senjata penyembur oleoresin capsicum disarankan sebagai kelengkapan tambahan.
- Kos dan penyelenggaraan bukan halangan untuk perolehan alat ini.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- AISYAH BASARUDDIN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
2 stories on this topic from 2 sources, oldest first.
- Sinar Harian Tambah non-lethal weapon berdepan situasi berisiko (this story)









%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2025%2F06%2Fe9dd81ab22a4a1794549b6b150b2fd09.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)