TANGGA BATU - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi digesa meletakkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri sekiranya tidak sehaluan dengan kepimpinan kerajaan sedia ada.Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Muhammad Kamil Abdul Munim berkata, tindakan itu wajar dilakukan Ahmad Zahid sekiranya beliau mempunyai maruah susulan pendirian yang ditunjukkan ketika ini.Menurutnya, terdapat beberapa pemimpin Barisan Nasional (BN) lain yang berkelayakan untuk menggantikan Ahmad Zahid bagi mengisi jawatan berkenaan."Kalau dia ada maruah, dia harus berundur sebagai Timbalan Perdana Menteri kerana dia jelas menunjukkan satu sikap yang tidak sehaluan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim."Ada ramai lagi pimpinan lain seperti Tok Mat (Datuk Seri Mohamad Hasan), Datuk Seri Johari Abdul Ghani ataupun Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang boleh menggantikan tempat beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri," katanya pada program makan malam di Bukit Rambai pada Khamis.Mengulas lanjut sama ada Perdana Menter perlu mengambil tindakan memecat Zahid daripada jawatan berkenaan, Kamil berkata, perkara itu terpulang kepada pertimbangan Anwar."Itu kena tanya Perdana Menteri, boleh ganti dengan yang lain, tidak ada masalah kerana itu kuasa prerogatif Perdana Menteri."Tapi kalau tanya saya, tidak perlu pecat. Kalau ada maruah, undur sebagai Timbalan Perdana Menteri," katanya.Terdahulu, Pengerusi Kebangsaan DAP, Gobind Singh Deo mencabar Zahid supaya meletakkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri sekiranya tidak lagi mempunyai keyakinan terhadap kepimpinan kerajaan sedia ada, berbanding mendesak supaya Parlimen dibubarkan lebih awal.Gobind menyifatkan kenyataan Pengerusi BN itu sebagai tidak wajar, lebih-lebih lagi beliau merupakan individu yang memegang jawatan kedua tertinggi dalam pentadbiran negara.Bagaimanapun, Zahid menegaskan tidak timbul isu menteri BN tidak menyokong kepimpinan Anwar di peringkat Persekutuan.Beliau turut menjelaskan sepanjang mesyuarat Jemaah Menteri, tidak pernah berlaku keadaan menteri daripada BN tidak bersetuju dengan dasar Kerajaan Perpaduan atau berbeza pendapat dengan Perdana Menteri.Menurutnya, perbezaan pendirian parti-parti politik di peringkat negeri, khususnya ketika menghadapi pilihan raya adalah hak masing-masing dan tidak boleh dikaitkan dengan sokongan terhadap kepimpinan Anwar.
'Kalau ada maruah, undur sebagai Timbalan Perdana Menteri'- Kamil Munim

Key takeaways
Muhammad Kamil Abdul Munim menyarankan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berundur sebagai Timbalan Perdana Menteri jika tidak sehaluan dengan kepimpinan kerajaan.
- Kamil menyarankan Ahmad Zahid berundur jika mempunyai maruah.
- Beliau menyatakan terdapat pemimpin lain yang boleh menggantikan jawatan itu.
- Pemecatan Ahmad Zahid adalah kuasa prerogatif Perdana Menteri.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- NORAFIZA JAAFAR
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
2 stories on this topic from 2 sources, oldest first.
- Sinar Harian 'Kalau ada maruah, undur sebagai Timbalan Perdana Menteri'- Kamil Munim (this story)








