KLUANG – Polis sedang mengesan individu yang dipercayai mengikat seekor kucing pada leher sebelum menggantung haiwan itu di luar tingkap sebuah kenderaan pacuan empat roda di Jalan Batu 2, Jalan Mersing, di sini.Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, pihaknya mengesan video berdurasi tujuh saat memaparkan kejadian itu yang tular di Facebook pada kira-kira jam 6.30 petang, Khamis.Menurutnya, siasatan awal mendapati individu yang menaiki kenderaan pacuan empat roda itu dipercayai mengikat leher seekor kucing menggunakan tali sebelum menggantung haiwan berkenaan di luar tingkap kenderaan."Susulan kejadian itu, satu laporan polis dibuat di Balai Polis Kluang dengan nombor laporan Kluang Repot 22016/2026."Kes disiasat mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat terhadap haiwan."Selain itu, kes turut disiasat mengikut Seksyen 29(1)(e) Akta Kebajikan Haiwan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Bahrin berkata, polis masih menjalankan usaha mengesan suspek yang terbabit dalam kejadian itu.Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau IPD Kluang menerusi talian 07-7784222 atau Hotline 07-7766822.Video tular rasa marah pengguna media sosiwl terhadap perbuatan berkenaan dan menggesa pihak berkuasa menjalankan siasatan serta memastikan pelaku dikenakan hukuman setimpal.
Ikat kucing pada tingkap pacuan empat roda, polis buru suspek

Key takeaways
Polis Kluang sedang mengesan suspek yang mengikat dan menggantung kucing di luar tingkap kenderaan pacuan di Jalan Mersing, berdasarkan video tujuh saat yang tersebar di Facebook.
- Video kejadian tular di Facebook pada jam 6.30 petang Khamis.
- Suspek didakwa di bawah Seksyen 428 Kanun Keseksaan, Seksyen 29(1)(e) Akta Kebajikan Haiwan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.
- Orang ramai diminta hubungi balai polis atau IPD Kluang melalui talian 07-7784222 atau 07-7766822.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- NOR AZURA MD AMIN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 6 sources, oldest first.
- Sinar Harian Ikat kucing pada tingkap pacuan empat roda, polis buru suspek (this story)
- Berita Harian Polis buru lelaki gantung kucing di tingkap trak pikap
- Malaysiakini (BM) Polis kesan suspek gantung kucing di luar tingkap kenderaan








