Kluang: Polis kini giat memburu seorang lelaki selepas rakaman perbuatan kejamnya mengikat leher seekor kucing dan menggantung haiwan itu di luar tingkap trak pikap dipandunya tular di media sosial, semalam.
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh, berkata usaha mengesan suspek sedang dijalankan sejurus pihak polis menerima laporan berhubung insiden berkenaan.
Menurutnya, pada jam 6.30 petang semalam, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang mengesan satu video berdurasi tujuh saat yang dimuat naik di Facebook.
"Video itu memaparkan pemandu sebuah trak pikap mengikat leher seekor kucing dan menggantungnya di luar tingkap kenderaan ketika melalui Jalan Batu 2, Jalan Mersing, di sini.










