BUKIT MERTAJAM - Seorang wanita warga emas ditemukan tidak sedarkan diri selepas dipercayai disengat lebah ketika melakukan aktiviti pendakian di Bukit Sungai Lembu di sini, semalam.Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Kebombaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.35 petang sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Mertajam terus ke lokasi kejadian."Wanita berusia 72 tahun itu ditemukan pihak bomba pada 6.40 petang selepas operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan dengan bantuan orang awam di sekitar kawasan bukit tersebut."Mangsa ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum pasukan bomba membawanya turun ke kaki bukit dan diserahkan kepada pasukan perubatan sebelum dibawa ke Hospital Bukit Mertajam untuk rawatan lanjut," katanya dalam kenyataan malam tadi.Menurutnya, empat anggota bomba termasuk penyelia dengan sebuah jentera Light Fire Rescue Tender (LFRT) terlibat dalam operasi itu yang turut dibantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) sebelum ditamatkan pada 8.46 malam.- Bernama
Wanita warga emas tidak sedarkan diri disengat lebah ketika mendaki

Key takeaways
Seorang wanita berusia 72 tahun ditemukan tidak sedarkan diri selepas disengat lebah semasa mendaki di Bukit Sungai Lembu.
- Wanita warga emas ditemukan tidak sedarkan diri semasa aktiviti pendakian.
- Pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada 4.35 petang dan tiba di lokasi pada 6.40 petang.
- Mangsa dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut setelah ditemukan oleh pasukan bomba.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Kosmo
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Berita Harian 3 budak Rohingya didakwa ugut wanita warga emas
- Berita Harian Warga emas wanita ditemui lemas dalam parit
- Sinar Harian Wanita warga emas tidak sedarkan diri disengat lebah ketika mendaki (this story)








