BUKIT MERTAJAM – Seorang wanita warga emas ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri selepas dipercayai disengat lebah ketika mendaki Bukit Sungai Lembu di sini, semalam.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Kebombaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 4.35 petang.

Sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Mertajam digerakkan ke lokasi kejadian.

“Wanita berusia 72 tahun itu dijumpai anggota bomba pada pukul 6.40 petang selepas operasi mencari dan menyelamat dijalankan dengan bantuan orang awam di sekitar kawasan tersebut.