SHAH ALAM – Pakatan Harapan (PH) disaran menyerahkan semula mandat kepada rakyat sekiranya tidak lagi selesa bekerjasama dengan mana-mana menteri Barisan Nasional (BN) dalam pentadbiran Kerajaan Perpaduan.Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd Razlan Muhammad Rafii berkata, langkah itu lebih berprinsip berbanding mencipta persepsi negatif terhadap rakan-rakan sendiri dalam kerajaan."Saya rasa seeloknya kalau dia (PH) rasa sudah tidak boleh bersama dengan mana-mana menteri dan tak suka dengan mana-mana parti, serahkan (semula) mandat ini kepada rakyat."Itu lebih berprinsip daripada dia mencipta persepsi dan tikam belakang rakan-rakan dia di dalam kerajaan," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.Pada Sabtu, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Muhammad Kamil Abdul Munim dilaporkan berkata, menteri yang tidak lagi sehaluan dengan kerajaan atau tidak mampu menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, wajar mengundurkan diri secara sukarela dan bukannya menunggu sehingga dipecat.Muhammad Kamil berpandangan, tindakan itu lebih mencerminkan prinsip dan pendirian seseorang pemimpin berbanding terus berada dalam Kabinet, tetapi pada masa sama bertindak memburukkan kerajaan.Mengulas lanjut, Mohd Razlan menegaskan, PH bukan pihak dominan dalam Kerajaan Perpaduan kerana pentadbiran sedia ada dibentuk menerusi kerjasama dan perjanjian bersama BN."Ketika kita menubuhkan kerajaan ini, ia dibentuk bersama dengan perjanjian dan berjalan bersama. Bukannya PH ini dominan, dia bukan dominan."Jadi, apa sahaja keputusan sama ada hendak menyuruh berhenti atau melantik sesiapa, semuanya sepatutnya dibincangkan bersama dengan BN," ujarnya.Menurut beliau, kerajaan ketika ini menghampiri tempoh empat tahun pentadbiran dan sebarang keputusan berkaitan kedudukan menteri perlu mengambil kira asas kerjasama antara parti yang membentuk kerajaan.Katanya, Malaysia juga mempunyai undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan yang mesti dipatuhi dalam setiap tindakan, bukannya menggunakan kuasa semata-mata untuk membentuk persepsi."Kita ini negara yang ada undang-undang dan kita berpegang pada perlembagaan. Jadi, apa pun yang kita lakukan dalam negara ini mesti mengikut undang-undang dan menjunjung perlembagaan Malaysia," kata beliau.Sementara itu, Mohd Razlan turut menempelak Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mencadangkan supaya menteri BN didakwa tidak sehaluan dengan Perdana Menteri dipecat bagi memastikan kestabilan pentadbiran kerajaan.Beliau mendakwa kesediaan Muhyiddin menandatangani Perjanjian Keyakinan dan Perbekalan (CSA) bersama PH didorong oleh keinginan memastikan kelangsungan politik Bersatu serta memperoleh kedudukan dalam pentadbiran."Muhyiddin ini kita tahulah, sekarang (ibarat) melukut di kaki PH. Walaupun tinggal setahun mandat kerajaan, beliau sanggup menandatangani CSA bersama PH kerana mahukan 'nyawa' untuk memastikan partinya masih boleh bergerak dalam politik."Kita tahu niat beliau menandatangani CSA bukan hanya
'Pulangkan mandat kepada rakyat'

Key takeaways
Pakatan Harapan disarankan serahkan mandat kepada rakyat jika tidak selesa bekerjasama dengan menteri BN dalam kerajaan perpaduan.
- Ahli UMNO menyarankan PH serahkan mandat kepada rakyat jika tidak selesa bekerjasama dengan menteri BN.
- Pemimpin AMK menyatakan menteri yang tidak sehaluan dengan kerajaan wajar mengundur diri.
- Mohd Razlan menegaskan PH bukan pihak dominan dalam kerajaan perpaduan.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- RAIHAM MOHD SANUSI
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 3 sources, oldest first.
- Harian Metro Real Madrid mohon maaf kepada rakyat China
- Sinar Harian 'Pulangkan mandat kepada rakyat' (this story)






