MANCHESTER United terus dihantui kelemahan benteng pertahanan apabila rekod 30 gol dibolosi dalam semua pertandingan musim ini meletakkan mereka antara pasukan paling rapuh di Eropah.Statistik itu didedahkan selepas skuad kendalian Michael Carrick sekali lagi gagal mengawal barisan serangan lawan ketika terikat 4-4 dengan Aston Villa dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Old Trafford.Menurut data Opta yang dipetik TNT Sports, tiada pasukan daripada lima liga utama Eropah membolosi lebih banyak gol berbanding United dalam semua pertandingan musim ini.Kelemahan itu turut terserlah ketika menentang Villa apabila United melepaskan dua gol dalam tempoh empat minit pertama sebelum sekali lagi dibolosi dua kali pada awal babak kedua.Situasi berkenaan menyaksikan United perlu bekerja keras untuk mengejar kedudukan selepas ketinggalan 2-4, sebelum jaringan Joshua Zirkzee dan Patrick Dorgu pada masa kecederaan menyelamatkan mereka daripada kekalahan.Carrick mengakui masalah pertahanan itu perlu segera ditangani sekiranya United mahu memperbaiki kedudukan dalam liga."Terlalu banyak gol yang kami bolos dan perkara itu memang jelas kepada kami. Kami perlu memperbaikinya," katanya.Beliau turut menyifatkan kesilapan individu sebagai punca pasukannya sering memberikan ruang kepada lawan untuk menghukum mereka."Jika kami dapat memperkemaskan aspek itu, terdapat banyak perkara positif daripada persembahan pasukan," katanya.Lebih membimbangkan, United turut gagal mencatat sebarang rekod tanpa bolos dalam 10 perlawanan pertama liga musim ini, situasi yang kali terakhir berlaku pada musim 1986-87.United kini menduduki tangga ke-18 dengan lapan mata selepas mengharungi 10 perlawanan, sekali gus memasuki tempoh rehat antarabangsa dalam kelompok tiga terbawah.
Pertahanan United paling rapuh d Eropah

Key takeaways
Manchester United mempunyai pertahanan yang paling rapuh di Eropah dengan 30 gol dibolosi dalam semua pertandingan musim ini.
- United kehilangan 30 gol dalam semua pertandingan musim ini.
- Mereka gagal mengawal serangan lawan dalam perlawanan melawan Aston Villa.
- Kendali oleh Michael Carrick, pasukan ini perlu memperbaiki masalah pertahanan.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- AFDAH MUJAP
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗








