JASIN: Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi membidas pihak yang sering melemparkan pelbagai tuduhan terhadap pemimpin Barisan Nasional (BN), sebaliknya mengingatkan mereka supaya terlebih dahulu mencerminkan diri sendiri.
Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, berkata pemimpin Pakatan Harapan (PH) dilihat begitu lantang mengkritik kepemimpinan BN, namun pihak berkenaan tidak pernah membangkitkan isu tertentu yang turut dikaitkan dengan pemimpin mereka sendiri.
Katanya, antara yang dibangkitkan termasuk isu membabitkan individu tertentu yang dikaitkan 'mafia korporat'.
"Mereka mengatakan pemimpin BN macam-macam, tapi tidak ada satu pun dalam ucapan mereka menyentuh individu mafia korporat, apatah lagi mengenai pemimpin DAP, Lim Guan Eng.








