Seremban: Isu Palestin perlu terus diberikan perhatian, khususnya dalam mempertahankan Masjid Al-Aqsa, menuntut penghentian penderitaan rakyat Gaza dan memastikan hak untuk menentukan masa depan mereka dihormati.

Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, untuk itu pihaknya menganjurkan Program Road Tour Al-Aqsa, Gaza dan Palestin Negeri Sembilan selama tiga hari, bermula semalam hingga esok bagi

meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai perkembangan semasa di Palestin.

Ia termasuklah berkongsi mengenai penderitaan rakyat Gaza, kedudukan Masjid Al-Aqsa serta tanggungjawab masyarakat antarabangsa dalam mempertahankan hak dan maruah rakyat Palestin.