MASJID TANAH: Manifesto yang ditawarkan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 semakin diterima rakyat.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Muhammad Kamil Abdul Munim, berkata pihaknya melihat terdapat manifesto yang dibentangkan Selasa lalu menunjukkan lonjakan positif.

"Setakat ni Alhamdulillah kita tengok ada lonjakan. Ada anjakan dengan beberapa peristiwa yang berlaku dalam tempoh seminggu dua ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui ketika sesi dialog bersama persatuan nelayan di Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Kuala Linggi bersama Calon PH Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi, Mukhlis Mubin.