Pengerusi PH Melaka Adly Zahari kata PH tentukan kawasan ditandingi berdasarkan persediaan.PETALING JAYA: Pertandingan pelbagai penjuru boleh meningkatkan peluang Pakatan Harapan (PH) untuk memenangi kerusi, kata Pengerusi PH Melaka Adly Zahari.
Katanya, pertandingan tiga penjuru atau lebih tidak semestinya merugikan PH, berdasarkan pengalaman berdepan pertandingan banyak penjuru sebelum ini.
"Kita tidak boleh mengawal parti-parti lain untuk meletakkan calon. Yang kita boleh kawal adalah kita dalam konteks PH," katanya lapor Malaysia Gazette.
PH mengumumkan ia akan bertanding di 24 kerusi. Pertandingan pelbagai penjuru dijangka berlaku di Kelebang, Gadek, Ayer Keroh dan Pengkalan Batu.





