Cermin tingkap di bahagian kiri koc kedua tren No 2951 KTM Komuter Utara pecah selepas dibaling objek tidak dikenali dari luar semalam. (Gambar Threads/@alyaaanblh)KUALA LUMPUR: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mengesahkan insiden cermin tingkap pecah melibatkan tren KTM Komuter Utara laluan Padang Besar-Butterworth yang tular di media sosial semalam berpunca daripada perbuatan vandalisme.

KTMB memaklumkan, kejadian berlaku pada tren No 2951 kira-kira 6 petang semalam apabila tren berkenaan dibaling objek tidak dikenali dari luar ketika melewati laluan antara Arau dan Kodiang.

Insiden berkenaan menyebabkan cermin tingkap di bahagian kiri koc kedua pecah.

"Sejurus menerima laporan daripada pemandu tren, KTMB telah mengambil tindakan segera dengan mengosongkan koc yang terjejas serta mengehadkan akses penumpang ke koc berkenaan sebagai langkah keselamatan.