Pengerusi BN Melaka, Ab Rauf Yusoh, kata Kota Laksamana dan Bandar Hilir diserahkan kepada MCA demi memastikan ia ditandingi oleh parti yang mempunyai potensi paling tinggi untuk menang. (Gambar Facebook)ALOR GAJAH: Faktor boleh menang serta hasil kajian teliti di lapangan menjadi asas keputusan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) menyerahkan dua lagi kerusi tambahan kepada MCA untuk ditandingi pada PRN Melaka.
Pengerusi BN Melaka, Ab Rauf Yusoh, berkata penyerahan Kota Laksamana dan Bandar Hilir itu dimuktamadkan atas semangat muafakat BN dan PN, serta kepentingan bersama demi memastikan kerusi terbabit ditandingi oleh parti yang mempunyai potensi paling tinggi untuk menang.
Dengan keputusan itu, MCA kini bertanding di empat kerusi DUN, menjadikan jumlah keseluruhan kerusi yang ditandingi BN sebanyak 23 kerusi.





