Premier Sarawak Abang Johari Openg berkata, pengambilan tambahan penuntut perubatan di Unimas akan dapat direalisasikan menerusi aturan khas bersama universiti tersebut. (Gambar Facebook)PETALING JAYA: Kerajaan Sarawak akan menggandakan kuota kemasukan pelajar perubatan di Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) daripada 40 kepada 80 tempat bagi membantu menangani masalah kekurangan doktor di negeri itu, kata Premier Abang Johari Openg.

Abang Johari berkata, pengambilan tambahan yang dibiayai Yayasan Sarawak itu akan ditawarkan menerusi aturan khas antara kerajaan negeri dengan Unimas, di luar saluran biasa Unit Pusat Universiti (UPU).

“Kita ada aturan khas untuk tambah bilangan doktor kerana Sarawak kini alami kekurangan (doktor),” katanya di Kuching hari ini, lapor Borneo Post.