HONG KONG: Rupiah Indonesia jatuh ke paras terendah dalam sejarah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis apabila pelabur beralih kepada mata wang AS susulan jangkaan Rizab Persekutuan (Fed) akan terus menaikkan kadar faedah memasuki tahun baharu.
Rupiah, yang menjadi mata wang berprestasi paling lemah di Asia tahun ini, merosot serendah 18,253 bagi setiap dolar AS dalam dagangan petang.
Kejatuhan berkenaan mendorong Bank Indonesia campur tangan dalam pasaran bagi menyokong mata wang negara itu.
Penyusutan rupiah berlaku sejurus sebelum Naib Presiden Indonesia meletak jawatan ketika berdepan kontroversi berkaitan diploma sekolah menengahnya.









