KUALA LUMPUR: Dalam keadaan menahan kesakitan selepas diserang lelaki bersenjatakan parang, seorang anggota polis sempat memberi amaran kepada orang awam supaya segera meninggalkan kawasan kejadian di Desa Aman Puri, Kepong, malam tadi.
Detik menyentuh hati itu dikongsi seorang pengguna Threads menerusi akaun skchau1985 yang mendakwa merakam keadaan di lokasi kejadian membabitkan anggota polis berkenaan.
Menurut individu itu, anggota polis terbabit yang menahan kesakitan sempat memberi amaran supaya segera meninggalkan kawasan berkenaan kerana keadaan berbahaya.
"Saya kesakitan. Di sini berbahaya, cepat pergi," menurut perkongsian individu itu yang memetik kata-kata anggota polis berkenaan.










%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2026%2F02%2Ffe6d996068697bfdf9f93c86847e5b88.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)