Kuala Selangor: Banjir di daerah ini yang kini memasuki hari ketujuh menyaksikan mangsa buntu apabila rumah mereka masih digenangi air.
Penduduk Kampung Bukit Hijau yang hanya mahu dikenali sebagai Noraini, 52, berkata dia yang pulang untuk memberi makan kucing peliharaannya hanya mampu melihat keadaan rumah berbau masam, busuk serta dipenuhi lumpur dan sampah-sarap.
"Keadaan ini menyukarkan kami sekeluarga dan memerlukan masa yang lama untuk membersihkan rumah.
"Setiap kali banjir, penduduk terpaksa menanggung kerugian apabila sebahagian besar kelengkapan rumah dan harta benda rosak.









