KUALA PILAH – Seramai 61 mangsa daripada 26 keluarga terpaksa berpindah ke dua pusat pemindahan sementara (PPS) susulan banjir yang melanda daerah ini sejak malam tadi.

Menurut laporan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Negeri Sembilan, setakat pukul 7.30 pagi ini, kedua-dua PPS yang dibuka ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Undang Johol dan Dewan Orang Ramai Dangi.

PPS SK Undang Johol yang mula beroperasi pada pukul 10.25 malam tadi menempatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 37 orang daripada 15 keluarga.