ANCHORAGE, Alaska – Satu rakaman video menunjukkan objek terbang tidak dikenali(UFO) kelihatan seperti ubur-ubur dengan lanjutan seperti sesungut sedang menarik perhatian orang ramai di media sosial, lapor laman berita NDTV semalam.
Video tersebut dirakam oleh Sara Jane Osborn di ruang udara Anchorage, Alaska.
Osborn memberitahu beberapa agensi berita bahawa dia merakam video itu pada Jun tahun ini semasa mengambil gambar pelangi yang muncul di kawasan berkenaan.
Video tersebut mencetuskan perdebatan di media sosial, dengan sesetengah netizen mendakwa ia adalah UFO, manakala yang lain mengatakan ia sejenis wau atau layang-layang yang biasa diterbangkan di kawasan itu.










%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2026%2F02%2Ffe6d996068697bfdf9f93c86847e5b88.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)